Anak Soleh Permata Hati


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.



5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER... kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.     
                             
          رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَلۡدُعَآء

[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan  "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia..... untuk faham agamanya ", (kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka).  Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam (macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai .... dan ingat kepada Allah sentiasa.

Pusat Tuisyen Mawar Di Senawang


Lokasi di 105-2, Jalan Taman Komersil Senawang 4, Taipan Senawang, 70450 Seremban Negeri Sembila (1 blok dengan Pearl Haya, berhadapan dengan Restoran Satay Kajang Samuri).

Boleh hubungi Cikgu Syarifah di talian 017-2876792 atau 012-3494988

Menyediakan kelas tuisyen dari darjah 3 hingga tingkatan 5.

Dapatkan jadual kelas tuisyen 2013 <<--- klik disini

Maklumat lanjut boleh layari www.mawar.edu.my

Antara sebab - sebab kenapa perlu tuisyen di sini :-
  • Keputusan akademik yang cemerlang
  • Yuran yang berpatutan
  • 30% pengajar adalah guru - guru penanda kertas  UPSR/PMR/SPM
  • 90% pengajar adalah guru sekolah kerajaan yang berpengalaman
  • Lokasi yang strategik dan mudah dikunjungi
  • dan lain - lain sebab seperti yang disenaraikan dilaman web rasminya.

Kem Gen-Q Untuk Lepasan SPM & STPM

Program ini diharapkan dapat mengajak para peserta menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup yang praktikal, khususnya menjadikan Sunnah Rasulullah s.a.w. serta keperibadian salafussoleh sebagai ikutan.

Jangan biarkan masa anda terbuang begitu saja. Isikan dengan perkara yang berfaedah dan bolehlah sertai kem 3 hari ini. Dengan yuran penyertaan RM90, pelbagai aktiviti, di Kem Eco D'Kok, Kampung Talang, Kuala Pilah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Khalid: 019-7575136, Norashidah: 013-4029825
 
 

Tutorial Bahasa Inggeris Dengan Smart Reader

Selain menyediakan pendidikan pra sekolah bagi kanak - kanak berumur 4 hingga 6 tahun, Smart Reader juga menyediakan kelas tutorial bahasa inggeris mengikut jadual di sebelah malam.

Silibus pelajaran bermula dari Level 1 hingga Level 10. Kelas, 2 kali seminggu. Pilihan jadual kelas adalah seperti berikut :-

  • Isnin - 8.00 hingga 9.30 malam
  • Rabu - 8.00 hingga 9.30 malam
  • Jumaat - 8.00 hingga 9.30 malam
  • Sabtu - 9.00 hingga 10.30 pagi
  • Sabtu - 11.00 hingga 12.30 tghr
  • Sabtu - 1.00 hingga 2.30 petang
Yuran pendaftaran dan buku - RM92 manakala yuran bulanan sebanyak RM80 (bagi tahun 2013)

Lokasi Smart Reader Kids di kawasan Senawang:
  1.  Taman Komersial Senawang,
     No. 83 - 1 , Tingkat 1, Jalan Taman Komersil 4 , Taman Komersil Senawang
    ( berhampiran dengan Maybank Senawang)
    No. Tel - 06-6798757
  2.  Lavender Heights
    159 Jalan Lavender Heights 4, Lavender Heights Business SquareNo. Tel - 06-677 6914

Belajar Tahfiz Di Seremban - Ar Rayyan

Bertempat di No. 382, Lorong Desa Melor 2/4, Taman Desa Melor Senawang ( Belakang Giant dan berhampiran Balai Bomba Senawang).

 TAHFIZ AR RAYYAN
  • Kandungan program  : Hafazan surah - surah Alquran, Tajwid, Jawi, Ibadah solat 
  • Umur  : 7 hingga 15 tahun
  • Hari : Sabtu - Ahad
  • Masa : 8.30 - 11.30 pagi
  • Dimulakan dengan solat sunat Dhuha
  • Guru  tahfiz berpengalaman lulusan luar negeri
KAFA AR RAYYAN
  • Berdaftar dengan JHEAINS, guru lantikan JHEAINS, mengikut sukatan JAKIM
  • Subjek : Bahasa Arab, Akhlak, Sirah, Jawi & Khat, Tauhid, Feqah, Tilawah Al-Quran, Hafazan
  • 2 pilihan sesi pembelajaran - sesi pagi : 8.00 hingga 10.30 pagi, sesi petang : 3.00 hingga 5.30 petang
TADIKA AR RAYYAN
  • Subjek : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains, Matematik, Jawi, Pendidikan Islam, Seni kreatif, Al-Quran, Hafazan surah - surah pendek dan doa harian
  • Umur : 4 hingga 6 tahun
  • Hari : Isnin hingga Jumaat
  • Masa : 7.40 hingga 11.40 pagi



Belajar Mengaji Di Rumah


Belajar mengaji di rumah, juga dikenali dengan Quranic Home Based. Tidak perlu bersusah - susah menghantar anak ke rumah ustaz atau ke tempat mengaji. Guru atau Ustaz atau tutor yang datang mengajar sendiri dirumah kita.

Yuran pendaftaran yang murah, dan yuran pengajian yang berpatutan. Terdapat di sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang.

Jika anda berminat dan mencari - cari khidmat sedemikian, boleh hubungi Cikgu Muhammad di 011 - 15775761 atau emel kepada infitahacademy@gmail.com dan mendaftar secara online di http://mengajialquran.com/pendaftaran-mengaji-al-quran-di-rumah/

Motivasi Alihan Pelajar Di Seremban


Anak - anak di kawasan Seremban, jangan lepaskan peluang ini. Manfaatkan cuti tahun baru cina 2013 ini dengan menghadiri seminar 2 hari pada 9 - 10 Februari 2013, bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut hubungi 03-22734622, 03-22730622, 016-5580719

RASIONAL PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.
Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.
PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.
Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.
Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.
Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki.
- UTUSAN, 14 Disember 2011